Friday, November 5, 2010

Fertigasi Mega Jaya Gading



Tanaman cili kami bersebelahan dengan ladang buah pitaya/buah naga yang telah ditinggalkan. Kelihatan banyak buah-buah pitaya yang busuk berguguran dan ada yang masih melekat pada pokok.Buah busuk ini menjadi sarang kepada berbagai ulat dan serangga terutama lalat buah. Ini mengundang banyak masalah pada ladang cili kami terutama serangan lalat buah yang merosakkan buah cili kami. Kami menggunakan perangkap lalat berupa sejenis gam yang dicampur dengan cecair eugenol dan disapukan pada kertas warna kuning atau botol mineral yang dicatkan kuning. Gam tersebut diletakkan di merata tempat dalam kawasan tanaman kami.Hasilnya memang bagus dan amat berkesan, walaupun tidak dapat menghapus semua lalat buah setidak-tidaknya dapat mengurangkan populasi mereka. Jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat juga 'white fly' dan trip melekat pada perangkap ini.

THRIPS DI LADANG KAMI


Sebelum dapat Cypemethrin yang dapat mengawal populasi trip, saya mencuba dengan ramuan organik berasaskan bawang putih, sabun basuh pinggan dan minyak sayur. Semburan dilakukan secara menyeluruh sehingga basah. Setelah pemeriksaan dibuat didapati trip masih ada tapi sudah berkurangan sikit. Kemungkinan disebabkan semburan air hingga basah itu menyebabkan trip gugur dan lari, ataupun cecair bawang putih yang mengandungi "sulphur" yang membunuh trip, itu tidak pasti.Mengikut maklumat yang saya perolehi juga, trip tidak boleh bernafas apabila buih sabun dan lapisan minyak sayuran meliputi keseluruhan badanya.

Thursday, November 4, 2010

THRIPS DI LADANG KAMI



Gambar ini diambil di ladang kami. Boleh dikatakan setiap kuntum bunga cili ini terdapat kutu trip. Kami sangat berterima kasih kepada Pengarah MARDI negeri Pahang yang menunjukkan kepada kami secara "live" rupa bentuk kutu trip melalui kanta pembesar. Hari ini saya cuba menggunakan kanta 'macro'yang dilekatkan bersama kamera saya untuk merakam gambar kutu trip ini untuk tatapan kita bersama.

Wednesday, November 3, 2010

Chilli Thrip


Beginilah rupanya Kutu Trip. Serangannya boleh memusnahkan tanaman cili kami. Sangat halus untuk dilihat dengan mata kasar.

Fertigasi Mega Jaya Gading






Beginilah keadaan pokok yang diserang THRIPS dan Virus

Tuesday, November 2, 2010

Fertigasi Mega Jaya Gading




Seperti dijadualkan, buah boleh dipetik pada awal November 2010. Walaupun dilanda berbagai masalah seperti ribut dan virus, kami belum mahu mengalah, kami belum tewas.

Fertigasi Jaya Gading






Antara pokok cili yang dapat diselamatkan dari dilanda ribut dan serangan penyakit.